Saturday, September 20, 2008

Utusan Melayu - utusan yang tak bermakna

Saya menggesa supaya rakyat Malaysia yang berotak berhenti membaca ataupun membeli Utusan.

Saya merujuk kepada berita ini yang mengatakan bahawa Utusan mencabar Teresa Kok mengambil ujian untuk mengesahkan bahawa dia tidak berbohong ('lie detector test').

Tidakkah Utusan berasa serba salah kerana telah mengakibatkan seorang MP ditangkap masuk penjara?

Tidakkah mencukupi bagi Utusan untuk memfitnah seorang MP, malah sekarang hendak melupuskan maruah Teresa sama sekali dengan mencabar dia untuk mengambil ujian ini?

Adakah pemberita Utusan begitu 'racist' sehingga tergamak buat apa sahaja untuk memburukkan nama Teresa termasuk memaparkan berita yang jelas sekali 'one-sided'?

Adakah Utusan begitu zalim, walaupun pada masa Ramadhan yang menegaskan maaf and keinsafan?

Sebelum ini, saya masih lagi memahami kenapa Utusan diperlukan, sepertimana kaum Cina memerlukan Sin Chew. Namun sekarang semua ini sudah berubah. Saya yakin Utusan Melayu tiada nilai lagi. Utusan-utusannya tidak bermakna dan sekarang hanya berfungsi untuk membangkitkan kemarahan kaum Melayu terhadap kaum lain di Malaysia.

Saya harap bahawa akan terdapat akhbar Melayu lain yang dapat mencabar monopoli Utusan. Ini supaya kaum Melayu dan rakyat Malaysia masih lagi boleh baca berita yang sahih dalam Bahasa Melayu tanpa bergantung kepada Utusan yang kian ketinggalan zaman dan hilang nilainya.

(Bagi kawan-kawan Cina saya yang belum pernah baca Utusan. Cubalah bacanya untuk seminggu dan cubalah merasai bagaimana ia mewujudkan persepsi yang amat salah tentang kaum-kaum lain di kalangan pembacanya. Juga jelas sekali adalah bahawa Utusan memihak parti politik tertentu di Malaysia dan saya rasa semua orang tahu parti yang mana sedang saya cakapkan di sini.)

1 comment:

kim said...

utusan batu api